February 12, 2011 |http://www.klik4sihat.com/masalah-angin-dalam-badan.html
Angin dalam badan adalah berpunca daripada gas yang terdapat di dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal yang mengandungi gas yang tidak berbau yang 99 peratus gas buangan dari usus dan gas yang tidak menyenangkan pula mungkin disebabkan oleh gas yang mengandungi sulfur.Ia dilepaskan oleh bakteria yang ada dalam usus besar.
Angin badan disebabkan oleh gas atau angin yang terdapat di dalam sistem penghadaman badan datang daripada dua sumber iaitu daripada udara yang disedut dan juga akibat daripada bakteria yang terdapat di dalam usus besar.Bakteria ini terjadi akibat gangguan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan dengan baik.
Bagi seseorang yang mempunyai angin dalam badan yang banyak di dalam badan pasti merasa tidak selesa dan merasa sakit-sakit seluruh tubuh badan.Bagi yang mudah menghidap penyakit angin badan ini hendaklah mengubah cara pemakanan seharian iaitu mengurangkan makanan yang menyebabkan angin dalam badan iaitu kacang, sayuran seperti brokoli,kubis, tauge, bawang dan asparagus,buah pir,epal dan pic, manakala bijirin pula adalah roti gandum.Selain itu jauhilah minuman ringan dan jus buah serta minuman dari produk susu.
No comments:
Post a Comment