Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, March 31, 2011

Bila Isteri Menangis Di Hadapanmu

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sebelum terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…


Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.


Wahai kaumku bergelar suami,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …


Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.


Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?


Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…


Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…


Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI-ISTERI yang soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

PENYAKIT BATU KARANG.....

Penyakit batu karang merupakan penyakit di mana batu terhasil dalam buah Pinggang yang terjadi daripada tumbuhan kristal halus hasil gabungan beberapa jenis kimia. Bahan kimia yang paling biasa menyebabkan penyakit batu karang adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali adalah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.
Saiz batu karang pula ada yang halus seperti pasir dan ada yang besar sebesar bola golf. Kebanyakan penyakit batu karang tumbuh membesar dalam buah pinggang, kemudian akan bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ia biasanya akan menjadi bertambah besar.
Kesulitan mula akan timbul apabila batu karang menjadi terlalu besar yang boleh menyebabkan ganguan dalam perjalanan aliran air kencing. Ini biasanya akan membawa kepada penyakit di mana kuman akan merebak. Jangkitan kuman itu boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, jika penyakit batu karang tersebut tidak diubati segera. 

Kejadian batu dalam buah pinggang atau penyakit batu karang ini adalah masalah yang biasa dalam saluran kencing. Dianggarkan bahawa terdapat satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk biasanya akan mengalami menghadapi penyakit batu karang pada sesuatu ketika dalam hidup.
Sesetengah orang biasanya mengalami penyakit batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan penyakit batu karang itu tidak berulang lagi. Bagaimanapun dalam banyak kes, penyakit batu karang adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Kebiasaannya orang lelaki pertengahan umur adalah lebih ramai yang mengidap penyakit batu karang ini dari kaum wanita.
Kadang-kadang penyakit batu karang ini boleh disebabkan oleh keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit batu karang ini di kalangan ahli keluarga, sila dapatkan nasihat dari doktor.
Penyakit batu karang biasanya jarang menimbulkan masalah ketika ia mula terjadi. Tetapi bila batu karang itu beralih atau bergerak dalam ginjal atau dalam saluran kencing, ini akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat dan pendarahan pada kebiasaannya boleh berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar. 

Ada juga kes di mana batu karang tersekat yang akan menyebabkan kesakitan dan akan membawa bahaya bila kuman mula merebak. Jika ini berlaku biasanya tanda-tanda seperti pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk akan berlaku. Penyakit batu karang pada keadaan ini memerlukan rawatan perubatan yang segera. 


Apakah ubat batu karang ?
Jenis pengubatan penyakit batu karang adalah berbeza mengikut keadaan sesuatu kes itu. Jika batu karang dapat keluar dengan mudah, maka pengubatannya ialah dengan mengelakkan batu karang berlaku lagi. Untuk kes begini, penghidap penyakit batu karang akan diminta minum air dengan banyak iaitu sebanyak 3 liter sehari. Dengan cara ini ia akan dapat membersihkan buah pinggang. Makanan pesakit batu karang juga akan diubahsuai untuk mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Bila sahaja batu karang itu keluar, pesakit mestilah menyimpan batu tersebut bagi dibuat kajian. Kajian ini akan membolehkan para doktor menentukan sebab mengapa terjadinya batu tersebut dan dapat pula membantu untuk mengelakkan berulang lagi penyakit ini. 

Telah ada pengubatan yang telah berjaya untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Bagi kes-kes yang lebih serius, bila batu tersebut terlalu besar untuk keluar sendiri, suatu pembedahan adalah perlu.
Juga penting untuk diingatkan bahawa penyakit batu karang ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Ini adalah kerana, jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.
Share

Masalah angin dalam badan

February 12, 2011 |http://www.klik4sihat.com/masalah-angin-dalam-badan.html
Angin dalam badan adalah berpunca daripada gas yang terdapat di dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal yang mengandungi gas yang tidak berbau yang 99 peratus gas buangan dari usus dan gas yang tidak menyenangkan pula mungkin disebabkan oleh gas yang mengandungi sulfur.Ia dilepaskan oleh bakteria yang ada dalam usus besar.
Angin badan disebabkan oleh gas atau angin yang terdapat di dalam sistem penghadaman badan datang daripada dua sumber iaitu daripada udara yang disedut dan juga akibat daripada bakteria yang terdapat  di dalam usus besar.Bakteria ini terjadi akibat gangguan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan dengan baik.
Bagi seseorang yang mempunyai angin dalam badan yang banyak di dalam badan pasti merasa tidak selesa dan merasa sakit-sakit seluruh tubuh badan.Bagi yang mudah menghidap penyakit angin badan ini hendaklah mengubah cara pemakanan seharian iaitu mengurangkan makanan yang menyebabkan angin dalam badan iaitu kacang, sayuran seperti brokoli,kubis, tauge, bawang dan asparagus,buah pir,epal dan pic, manakala bijirin pula adalah roti gandum.Selain itu jauhilah minuman ringan dan jus buah serta minuman dari produk susu.
Bukan itu sahaja malah mereka yang selalu menghidapi masalah angin badan ini di nasihatkan agar banyak minuma air kosong dan kurangkan udara yang anda sedut seperti makan dengan perlahan dan kunyah lebih,elakkan menguyah gula-gula getah,kurangkan merokok,dan jika anda mempunyai gigi tidak teratur jumpalah doktor gigi untuk memperbetulkannya inin juga salah satu caranya. Akhir sekali caranya ialah sediakan jadual berapa banyak makanan berangin yang diambil dalam badan, dan berapa kali anda membuang angin dalam sehari jika 14 hingga 23 kali sehari ia normal tetapi jika lebih mungkin anda perlu berjumpa dengan doktor anda.

Wednesday, March 30, 2011

SEDETIK LEBIH.....

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Tuesday, March 29, 2011

Radio Malaysia Online TV Internet - HotFM, Era, Sinar, Hiz, My, Mix, Radio Muzik, THR, Suria, TV1, TV2, TV3, Astro Ria

Radio Malaysia Online TV Internet - HotFM, Era, Sinar, Hiz, My, Mix, Radio Muzik, THR, Suria, TV1, TV2, TV3, Astro Ria

Tetiba jer rasa nak layan lagu nih....


THE REASON

I'm not a perfect person
As many things I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those thing to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I use to be
A reason to start over new
And the reason is you

I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with everyday
And all the pain I put through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
That's why I need you to hear

I've found a reason for me
To change who I use to be
A reason to start over new
And the reason is you

I'm not a perfect person
I never meant to do those thing to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I use to be
A reason to start over new
And the reason is you

I've found a reason to show
A side of me you didn't know
A reason for all that I do
And the reason is you

Pinjamkanlah Aku......

by Razlina Bakhtiar on Tuesday, March 29, 2011 at 11:31am

Monday, March 28, 2011

Tahajjud Cinta - Siti Nurhaliza

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud


Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2009/09/lirik-tahajjud-cinta-siti-nurhaliza.html#ixzz1HxzJL7m4

Rumahku Banjir......

Selasa lepas rumah aku dimasuki air.... maksudnya banjir ler coz hr tu hujan turun lebat sgt... habis dapur masuk air paras buku lali.... aku & hubby tak sempat nak buat apa2 coz air masuk dgn cepat... tension tgk....!!! tp aku sempat gak ambik gambar banjir tu.... anak2 pun geram jer coz tgk air penuh kat dapur & depan pintu rumah... sorry yer anak2 ibu.... ibu tak akan bg anak2 ibu main air banjir tu... kotor... nnt sakit lak...!!!!
 Ni ler antara gambar2 yg sempat aku snap ptg tu... jenuh lak aku & hubby nak cuci rumah lepas air banjir surut..... 

 Mujur air tak masuk kat dalam ruang tamu, cuma masuk kat dapur jer... kalo masuk kat ruang tamu.... jenuh ler kami.... masuk nie dah 2 kali rumah aku di masuki air kalo hujan lebat coz longkang kat depan umah tu tak dapat nak tampung air hujan yang mengalir... di sebabkan ada jiran aku yg tak nak fikir kesusahan org lain suka-suki jer buang & bakar sampah dalam longkang.... bengang aku... nak tegur org tua... nak buat camne....!!! yg jd mangsa rumah kami ler... Kalo kena kat umah depa tahu lak marah... nasib ler....!!! Hubby aku dah benggang.... dia pun sekat batu kat longkang umah jiran aku biar sama2 rasa rumah masuk air banjir.... biar sama2 basuh rumah bila banjir....



 

Sunday, March 27, 2011

Kasih Sayang Seorang Kakak buat Adik Tersayang....

Warkah Kesyukuran
by Razlina Bakhtiar on Monday, January 10, 2011 at 8:36pm
RAZMAN @ ACU

11 Januari 2011 hari istimewa adik...Selamat Hari Ulangtahun, moga adik sentiasa didlm lindungan Illahi....walaupun kini adik dah dewasa tp kurasa seolah-olah adik masih kanak2 kecil yg manja namun tak bnyk karenah. Tp aku tahu adik kuat dan tabah menempuh segala dugaan....

Terlalu bnyk dugaan adik....dugaan yg hebat saat mak tercinta meninggalkan kami menghadap Ilahi saat adik berjuang menghadapi peperiksaan SPM....kemudian Allah s.w.t menduga lagi.....

31 Julai 2008, tarikh yg membawa bencana ketika adik ketika pulang dari kelas di Politeknik Shah Alam...hanya Allah s.w.t yg tahu perasaanku.....aku takut akan kehilangan adik....tak sanggup rasanya menghadapi satu lagi kehilangan setelah pemergian mak....

Masih tak dpt kulupakan keadaan adik ketika itu....tiada seorang pun yg tidak menitiskan airmata....semua keluarga berada disamping adik memberikan semangat utk adik terus berjuang melawan penderitaan....bacaan Surah Yassin sentiasa mengiringi adik....

yang paling menyayat hati, saat Izan dan Syabil menggenggam erat jemari adik sambil teresak-esak....mereka yg masih kecil pada ketika itu pun tak sanggup melihat penderitaan adik menanggung kesakitan, apatah lagi aku yg telah menjaga adik sejak kecil....rintihan adik sungguh merobek hati aku....namun aku mesti kuat.....

Walaupun ada juga peristiwa2 yg melucukan berlaku sepanjang adik bertarung untuk pulih, namun hatiku tetap merintih...tak sanggup untuk aku ceritakan......dan kekadang adik memanggil-manggil MAK.....saat itu tak dpt kutahan air mata....

Saat yg paling kuingat hingga saat ini, ketika dlm keadaan separuh sedar, adik telah menadah tangan berdoa kehadrat Illahi agar Ateh segera dikurniakan anak...doamu termakbul....selang beberapa bulan, doktor mengesahkan ateh mengandung dan Allah s.w.t telah mengurniakan Irdina yang comel.....

Sepanjang hampir dua bulan, Abah sentiasa setia menemani adik.....walaupun keadaan kesihatan abah sendiri tidak mengizinkan, namun abah tetap kuatkan hati.....abah kata tak ada yang lebih penting saat itu selain melihat adik selamat.....

Adik juga amat bertuah kerana dikeliling oleh teman-teman yg sanggup sama-sama adik ketika adik kesakitan....mereka amat memberi sokongan....kesanggupan mereka berulang alik menemani adik amat memberi kesan positif pada adik.....moga teman-teman adik tak jemu dan terus memberikan sokongan untuk adik.....

Dgn semangatmu yg kuat dan sokongan dari insan-insan yang berhati mulia, KINI ADIK MASIH BERSAMA KAMI......
SYUKUR ALHAMDULILLAH kupanjatkan ke hadrat Ilahi.....

Aku sebagai kakak terlalu ingin menitipkan ucapan "JUTAAN TERIMA KASIH" kepada insan-insan yang telah berpenat lelah bergilir-gilir menjaga adik disaat-saat getir dan banyak memberi sokongan terutamanya Abah tersayang, adik-beradikku dunia akhirat Angah, Alang, Uda, Andak, Ateh, Ancik, Kak Adeq, Kak Ros, Kak Miza, Safa suamiku yang amat memahami, yang sudi memberi cadangan dan kebenaran untuk membawa dan sama-sama merawat adik dirumah kami, Sayuti yang sudi mengizinkan Andak pulang saban minggu untuk menjaga adik dan Mail yang sanggup kesana kemari untuk menguruskan segala keperluan adik....semua anak buah yang tak jemu memberi semangat untuk Acu mereka....Dan juga tak lupa kepada semua teman-teman adik Apek, Wak, Fezal, Arin, Eris dan ramai lagi yang tak kuingat nama-namanya......penat lelah dan budi kalian takkan dilupakan dan hanya Allah s.w.t yang dapat membalasnya.....

Kini, setelah lebih dua tahun mengharungi dan berusaha untuk pulih, adik telah sihat walaupun masih ada kesan sampingannya.....Dan hari ini genap 23 tahun umur adik.....SELAMAT HARI LAHIR ADIK.....Syukur adik masih bersama kami sekeluarga......sesungguhnya aku tak sanggup lagi melihat adik derita.....Dan moga adik terus tabah menghadapi dugaan hidup ini.....
KAMI SAYANG ADIK.....

Wednesday, March 23, 2011

Syamer dah mula lasak.......

Syamer dah mula lasak skrg nie... tambahan dia dah mula merangkak nie... bukan suka di dukung & di pegang selalu... nak main sendiri jer...!! Semalam dia dah mula lepas tangan waktu di berdiri.... baru tujuh bulan dah mula lepas2 tangan... risau gak, takut jatuh terlentang nnt... dia bukan main excited lg bila berdiri di sliding door sambil tgk hujan turun... muka geram jer nak main air hujan...

Sunday, March 13, 2011

Muhammad Syamer Raidi Bin Mohd Sayuti


Permata hati ke-4 ku ini di lahirkan secara normal pd 14 Ogos 2010 @ 10.42 pg bersamaan dgn puasa ke4... kat Hospital Gerik... my bby nie ler satu2 nye yg lahir betul2 normal tanpa paksa @ ubat utk cepatkn kelahiran.... start sakit ms 1st day puasa lagi dgn turun tanda darah but sakit x kerap... aku pun malas nak pegi hospital lagi sebab kalo blh nak bersalin kat gerik jer (kes malas nak kena transfer bersalin kat Ipoh ler nie... hehehehe)... so ms hari ke4 puasa tu dah start sakit ms bangun sahur... but masih lg x mahu pegi hospital coz sakit tak kerap... 1 jam sekali... betul2 sakit pukul 8 pg baru aku pegi hospital... hubby mmg risau & kelam kabut but alhamdulillah dia still boleh bawa kereta dgn tenang masa nak ke hospital... sampai jer terus masuk labour room tp doktor nak hantar juga pegi Ipoh coz thn 2009 aku operate anak ke 3... walaupun dah buka 5 cm still depa nak hantar gak... geram gak...!!! tp tepat kul 10 pg air ketuban pecah & masa tu jgk aku dah rasa bby nak keluar... alhamdulillah dgn 2 kali teran aku dah selamat melahirkan my lil' boy...


sekarang syamer dah pun 7 bulan... dah boleh merangkak & duduk sendiri... mmg lasak & sekarang dah cuba nak berdiri sendir... smlm dia cuba berdiri & lepas tangan... terperanjat gak... bkn apa takut dia jatuh jer... tp dia blh buat selamba jer... berani sungguh & x pernah serik walaupun byk kali jatuh... hope dia akan jadi anak yg soleh & cerdik bila besar nnt....

Ibu sayang adik.... syg sgt2.... mmmuuuaaahhhhh....!!!!!

Muhammad Sayyid Rafiq Bin Mohd Sayuti


Permata hati ku yg ke-3 ni di lahirkan pada 01 Jun 2009 @ 8.29 pm melalui ceaseran... kalo ikutkn doktor my boy boleh bersalin normal but ada problem coz tali pusat tutup jalan... problem ni dpt kesan ms specialist scan perut utk tgk anggaran berat bby coz perut aku besar... sebelum nie kandungan ok jer..!!! so kena operate ler... ms nie takut x kira but bila fikirkn keselamatan bby dlm kandungan aku kena buat gak... Tuhan jer yg tahu perasaan aku ms tu... mcm2 rasa ada... yg paling risau my hubby... kesian aku tgk muka dia ms doktor bg tau dia yg aku kena operate gak...

Masa doktor inform yg aku kena operate mmg dah cukup 6 jam aku x mkn apa2... so depa terus tolak masuk dlm operation room... kira nie emergency case ler... but Alhamdulillah semua selamat... my bby selamat dilahirkan tepat jam 8.29 mlm dgn berat 3.6 kg... mmg paling besar antara kakak & abg dia...!!!!


now my boy pun dah nak masuk 2 thn on this coming June... hope my boy akan jadi anak yg soleh & cerdik.... skrg nie tgh nakal & byk perangai serta pjg akal dia utk tarik perhatian ibu & ayahnya... hehehehe....
kadang2 tu geram gak bila tgk perangai but bila fikir balik dia cuma nak menarik perhatian... suka sgt pd kartun Upin & Ipin... Kalo dia tgk kartun tu kita panggil pun dia buat x reti jer...

Ibu sayang Abg Chik.... syg sgt2.... muuaahhhhh....!!!!

Alphabet Sounds from Sounds Like Fun CD.mpg

1,2,3,4,5 COUNTING SONG from FINGERPLAYS & FUN CD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...