Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 22, 2011

Muhammad Syakir Rasyad Bin Mohd Sayuti


Anak bujangku ni di lahirkan pd 28hb April 2008 kat Hospital Tunku Permaisuri Bainun, Ipoh....
Walaupun dia ni lasak tp sensitif sikit orang nye... Minat pd permainan bolasepak & bercita2 nak jd pemain bolasepak katanya... Kalo pegi berjalan2, dah jd mcm kemestian untuk dia beli bola... sampai kat umah tu dah boleh jd macam kedai jual bola lak... Stok bola dia berlambak2... dari bola yg kecil sampai ler yg besar...Ibu sayang Angah sgt2.... Moga angah jg anak yang baik..... Muahhhhh...!!!



Monday, February 21, 2011

Yang Terindah.....

Seronok tengok gelagat anak2 bila bawa bercuti... Hope kebahagiaan kami sekeluarga akan berkekalan sehingga ke akhir hayat kami.... & moga kami berdua panjang umur agar dapat tgk anak2 membesar & berjaya dalam kehidupan mereka nanti...

Wednesday, February 16, 2011

Nur Syakirah Raihah Binti Mohd Sayuti

NUR SYAKIRAH RAIHAH

Anak sulung yang kini berumur 6 tahun.... Dilahirkan pada 09 November 2005 di Hosp. Tuanku Permaisuri Bainun, Ipoh pd 2.29 pagi... Seorang anak yang keletah dan sedikit nakal (biasa ler budak... ) Dia juga suka bertanya pada perkara yang tidak difahaminya.... Dia akan cuba mendapatkan jawapan sehingga dia betul2 puas hati dgn jawapan yang diberikan... Alhamdulillah sekarang Syakirah telah bersekolah di tadika dan alhamdulillah pelajarannya juga memberangsangkan....
Sebak bercampur gembira hingga hampir menitiskan airmata ketika melihat anakku mengambil anugerah di majlis penyampaian anugerah kecemerlangan pelajaran tadikanya pada tahun lepas kerana dia di antara penerima anugerah 10 pelajar cemerlang tahun lepas dan berharap agar dia akan terus cemerlang lagi pada tahun ini....

>
Harapan agar dia terus berjaya di dalam pelajarannya apabila di akan mula bersekolah tahun hadapan... Ibu sayang kakak sgt2..... Luv u sayang..... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...